Home » Activities

Latihan Pengundi

Written By: admin on February 1, 2010 No Comment

NIEI telah menjalankan latihan pengundi di Bintulu. Dua kumpulan di dari dua buah rumah panjang telah sudi menjadi tuan rumah bagi latihan tersebuat.

Sebenarnya, latihan ini sesuai untuk 25-30 orang peserta sahaja. Tetapi ketika dijalankan latihan pengundi di sana, tidak kurang daripada 75 pesrta mengikuti setiap satu sesi. Jadi 150 orang pesrta jumlahnya.

Tidak dapat ditolak, kerana yang datang ialah tuai-tuai rumah panjang (serta orang-orang kanannya) di daerah latihan yang dijalankan. Tidak kurang  sejumlah wakil dari 25 rumah panjang yang datang menyertai latihan tersebut.

Wanita pun aktif mengambil bahagian. Satu per tiga peserta ialah kaum wanita.

Kerana terlalu ramai yang mengambil bahagian, maka terpaksa dipecahkan peserta kepada lima atau enam kumpulan untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah disediakan. Setiap kumpulan membincangkan salah satu daripada tajuk yang berikut:

  1. Impian untuk Sarawak
  2. Pemimpin yang baik
  3. Pemimpin yang buruk
  4. Untungnya politik wang
  5. Kesan buruk politik wang

Perbincangan amat meriah, riuh rendah rumah panjang dibuatnya.

Penyampian rumusan hasil perbincangan oleh wakil kumpulan pun tidak kurang meriahnya. Wakil wanita mendapat perhatian yang serius dan juga sambutan yang cemerlang. Malah ada yang berbakat untuk memberi ceramah yang tidak membosankan.

Hasil perbincangan mereka ditulis kata kunci pada kertas warna dan ditampal pada sekeliling tajuknya. Selepas itu setiap peserta, yang telah diberikan pelekat titik merah terlebih dahulu, mengundi (titikrasi) dengan melakat satu titik pada satu kata kunci sahaja pada satu tajuk.

Yang menarik perhatian ialah tajuk  ‘Impian untuk Sarawak’, antara kata-kata kunci hasil perbincangan kumpulan itu ialah “Jatuhkan Kerajaan BN”.

Dan banyak sekali tanda titik-titik merah di situ!

Digg this!Add to del.icio.us!Stumble this!Add to Techorati!Share on Facebook!Seed Newsvine!Reddit!

Comments are closed.

  Copyright ©2009 NIEI, All rights reserved.| Powered by WordPress| Simple Indy theme by India Fascinates