Pertemuan NGO Asia: Memantau Pilihanraya
Dari 1hb. hingga 5hb. Februari 2010 saudara Yunus Ali, Pengerusi NIEI berada di Colombo, ibu negara Sri Lanka.
Beliau berada di sana atas jemputan National Democratic Institution (NDI) untuk bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) Asia yang berkaitan dengan pemantauan dan hal-ehwal pilihanraya.
Pemimpin NGOs berkenaan dari 12 negara – Afghanistan, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Maldive, Kambodia, Thailand, Malaysia, Mongolia, Indonesia, Filipina, Manyamar – bertukar-tukar pengalaman, pengetahuan dan pendapat tentang hal-ehwal pilihanraya, serta juga perkara yang berkaitan dengannya seperti demokrasi dan hak-hak asasi.
Juga dibincangkan dan dipelajari antara satu sama lain ialah permasalahan dan mengatasi masalah-masalah tertentu yang timbul dalam proses pilihanraya.
Tumpuan utama diberikan untuk mengkaji pelbagai kaedah dan teknik:
-
pemeriksaan senarai pengundi
-
pemetaan data pilihanraya
-
pemantauan kempen
-
pemantauan mengundi dan kiraan kertas undi
-
pemantauan ugutan dan keganasan
-
pemantauan penyelasaian aduan, bantahan dan pertelagahan berkaitan dengan plihanraya
Setelah tamat program. NIEI dipelawa untuk mendapatkaan 3 orang wakil pakar dari Malaysia bagi menyertai pleno perbincangan reformasi akta pilihanraya negara2 ASEAN. Konfrensi ini akan di adakan di Bangkok pada penghujung bulan Februari 2010.







Follow Us
Join Us
NIEI's Blog
%icon%