NIEI akan serah laporan rasuah ke SPRM

January 21, 2009
By
Sinar Harian
SHAH ALAM – Institut Ketelusan Pilihan raya Nasional (NIEI) akan menyiapkan laporan penyelewengan dan rasuah oleh parti-parti politik semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi NIEI, Yunus Ali berkata, laporan itu dijangka siap dalam tempoh dua minggu dan selepas itu ia akan diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Kita telah catat butir-butir setiap upacara semasa kempen yang ada unsur-unsur penyelewengan dan rasuah.


“Kita jangkakan laporan ini akan siap dalam masa dua minggu dan laporan ini berdasarkan tinjauan kami di sana,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan akhbar yang dikeluarkan NIEI berhubung penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa semasa pilihan raya kecil di Kuala Terengganu.

Terdahulu, dalam kenyataan medianya, Yunus berkata, dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, amalan rasuah pilihan raya diinstitusikan dalam pelbagai bentuk seperti pemberian wang tunai secara langsung.

Menurutnya, wang ihsan sebanyak RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu manakala pengundi Cina diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, perkara ketara dalam pilihan raya kecil itu ialah penyalahgunaan kuasa dan jentera kerajaan.

Yunus turut mempersoalkan kehadiran beberapa menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri di Kuala Terengganu.

Menurutnya, kehadiran terlalu ramai anggota polis juga boleh dianggap sebagai satu salah guna kuasa oleh kerajaan.

“Orang ramai berasa tidak selesa dengan kehadiran ramai anggota polis dan berpersepsi seolah-olah keadaan dalam darurat.

“Ini bertentangan dengan suasana pilihan raya yang baik, iaitu bebas dan tenteram,” katanya.

Menurutnya, dianggarkan 10,000 anggota polis berpakaian biasa dan seragam dikerah bertugas di Kuala Terengganu sepanjang tempoh kempen dan nisbahnya seorang polis untuk lapan pengundi.

Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

NIEI PROGRAMME

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives