Pilihan raya: PSC perlu hadkan belanja parti

January 16, 2012
By

Oleh: Sinar Harian
Tarikh: January 13, 2012

SHAH ALAM – Institut Kebangsaan bagi Demokrasi dan Integriti Pilihan Raya (NIEI) mengesyorkan agar menetapkan had perbelanjaan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya, bukannya hanya memfokus calon.

Syor itu dikemukakan kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) yang mengadakan sesi pendengaran awam berkenan kajian semula penambaikan sistem pilihan raya negara ini.

“Buat masa sekarang, kita cuma ada undang-undang berkenaan perbelanjaan pilihan raya setiap calon yang bertanding… jadi kami mencadangkan agar diadakan satu undang-undang yang dapat mengawal perbelanjaan parti, bagi mencerminkan amalan demokrasi sebenar, bukannya gah dengan kekuatan sumber kewangan,” kata ahli Lembaga Pengarah NIEI, Amin Iskandar kepada Sinar Harian Online.

PSC telah mengadakan sesi pendengaran awam secara berperingkat-peringkat di seluruh negara sejak tahun lalu. Laporan akhir dijangka selesai Mac ini.

Di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, belanja yang lebih daripada maksimum dianggap sebagai perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Seksyen 19(1) menyebut, tertakluk kepada apa-apa kecualian sebagaimana yang dibenarkan menurut akta itu, tiada wang boleh dibayar dan tiada belanja boleh dilakukan oleh seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau oleh ejen pilihan rayanya, selepas tarikh notis mengenai pilihan raya itu disiarkan dalam warta, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya itu, yang lebih daripada RM200,000 bagi kerusi pilihan raya Dewan Rakyat dan RM100,000 melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri.

“Undang-undang yang ada sekarang tidak melibatkan parti politik, tetapi individu atau calon-calon yang bertanding,” katanya lagi.

Selain itu, Amin berkata, pihaknya juga mengesyorkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan terus di bawah Parlimen, sebagaimana membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak tiga tahun lalu.

“Dulu BPR terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini terus di bawah Parlimen, yang mana dapat membantu mengelakkan persepsi rakyat bahawa dikuasai kerajaan.

“Jadi, NIEI juga berharap SPR akan diletakkan terus di bawah Parlimen untuk ia bertindak dengan bebas, dan dilihat bebas,” katanya lagi.

Tags: , , , , , ,

Comments are closed.

NIEI PROGRAMME

February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives